BAB 1
Jarum jam menunjukkan tepat pada pukul 7.15 pagi. Aku mengayuh basikal laju-laju menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ali Haji Ahmad . Ketika itu aku tidak peduli akan kesesakan jalan raya di Jalan Parit Mesjid .
“ Alamak , aku dah lambat ni . mintak-mintaklah si sotong tu tak jaga gate. kalau tidak, memang aku kena bebel dengan dia la pasni . “ keluhku di dalam hati .
Aku melajukan kayuhan basikal fixie berwarna biru yang telah dihadiahkan oleh ayah sempena ulang tahun aku yang ke 20 pada tahun lepas.. Aku semakin menghampiri pintu gate sekolah. Tiba-tiba dengan tidak semena-mena aku terjatuh daripada basikal dek terlanggar sesuatu.
Gedebuk .. “ Adoii .. sakitnya. “ Aku mengerang kesakitan walaupun hanya terdapat luka-luka kecil di tapak tangan aku . ketika itu, aku terdengar satu suara. Hmm macam suara si sotong penyebok tu.
“ Woi, tuan puteri! Ha padan muka kau. Itu la, datang lambat lagi. Yang kau pergi sondol basikal cabok kau kat gate tu kenapa? Kan dah terjatuh macam durian. Hahaha…. . “ Shahril a.k.a sherry si sotong menepuk kedua-dua tangan bagai orang gila lagaknya.
Aku mendengus menahan marah. “Woi , sotong . suka-suka hati makcik kau je nak gelakkan aku. Kang aku backhand baru tahu. Kang menangis tak sudah! Dah la lembik macam agar-agar, huh! Wei, bukak la gate ni wei! Aku dah lambat ni“ Aku menendang-nendang pintu pagar sekolah . "Eh, boleh pulak Si sotong ni buat tak derk je. Ko tunggu lah nasib kau" desis hati.
“Opss, harap maaf la tuan puteri yang tak berapa nak laku kan . . Ingat sikit, kau tu dah la lambat, sepatutnya kena datang sebelum 7.10 pagi. ni sekarang dah pukul 7.20 kau tahu! Aku sebagai pengawas berkaliber kenalah tutup pagar sekolah on time. Ada faham? “ Si sotong ni mulalah nak membebel dengan mulut menyenget-nyenget macam orang cacat . Haih, nasib!
1
“ Alamak, macam mana ni. Sah kena denda lagi lah pasni. Masuk harini dah kali keempat aku lambat. Hish, si sotong ni. Kang aku bagi pelempang baru tahu. Mulut macam nenek tak ada gigi. “ Aku mundar-mandir di hadapan pintu pagar sekolah sambil mengepal-ngepal tangan. tiba-tiba aku terdengar suara yang sememangnya acap kali aku sering mendengarnya sejak akhir-akhir ini.
“ Nur Ayra Humairah Binti Md Hisyam . awak ni dah kenapa ha ? selalu sangat datang lambat kenapa? awak dah ada anak ke sampai penat menjaga anak sampai tak tidur malam ha ?“ Sergah cikgu Rosyam dari dalam pintu pagar sekolah . gayanya tak ubah seperti Nasir Bilal Khan. Naik pening kepala aku.
“ Err hehehe cikgu. Alah, ,maafkanlah patik cikgu. Eh, maafkanlah saya cikgu. Saya sakit perut tadi daripada rumah. Bak kata omputih, nature call cikgu! Itu yang saya datang lambat ni. ha maafkan saya ek cikgu ? Saya janji saya takkan datang lambat lagi. Pleaseeee cikgu, bagi saya masuk ek cikgu ? “ Aku merayu sambil mengelip-ngelipkan mata . Konon nak buat cikgu tu simpati je. Ceh sempat lagi tu.
“Hmm baiklah. Kali ni saya izinkan awak masuk tapi dengan syarat. Jangan datang lambat lagi dan awak patut dikenakan denda. Nanti waktu rehat, jumpa saya di pejabat saya. “ cikgu Rosyam memberi arahan bagaikan diktator. Diktator hak tuii.
“Aye aye captain! Saya siap sedia mematuhi arahan . Tapi kasi ringan sikit laa cikgu eh ? ehem! Saya kan perempuan, insan yang lemah cikgu . Tak macam cikgu, Lelaki gagah perkasa seantero dunia. Kita berbeza. berbeza! “ Haha! Aku mengampu cikgu tu punyalah kaw-kaw . Padehal dia tak tahu, cikgu Rosyam tu sama je macam si sotong tu. bukan kuat mana pon.
“Dah , jangan nak bagi alasan merapu. Banyak cantik muka awak! Saya tahu la saya kuat sejak azali. Dah tak payah nak puji saya. Lebih baik awak pergi masuk ke kelas sekarang. Perhimpunan pun dah habis.“ Tegas cikgu Rosyam. Si sotong yang setia berada di sebelah cikgu Rosyam tadi hanya mencebik sahaja.
2
Aku mula melangkah masuk dengan menyorong basikal fixie ke dalam kawasan sekolah. Beg simpang, masih kemas di posisinya . Namun hati jahatku terdetik untuk membalas dendam pada si sotong tak guna tu. Aku menendang kaki si sotong menggunakan kaki kiri. Lepas tu apa lagi, terus aku cabut lari ke tempat letak basikal yang telah sekolah sediakan khas untuk penunggang basikal . Aku tergelak puas apabila mendengar jeritan si sotong mengada tu.
“ Woi, sakitlah gila! Kau ni jantan ke betina? Peh kuat gila kau tendang!" Shahril menepuk-nepuk kaki yang ditendang oleh Mir sambil menyumpah ranah. "Huh takpa takpa. Kau main kasar kan? Meh aku report kat cikgu Rosyam. hahaha auch OMG ! “
“ Rasakan! Ha main-main lagi dengan aku . Kan dah kena dengan tendangan maut aku. Hahaha baru puas hati aku. Ni Mir tahu? " Aku tersenyum sinis melihatnya yang tergedik-gedik mengipas kaki yang aku tendang tadi.
Tanpa melengahkan masa aku terus pecut berlari menuju ke tingkat tiga dimana kelas berada. Termengah-mengah dibuatnya " Argh, redah jelah" setibanya aku di depan pintu 5 Sains 1 , aku mengambil nafas dan mengetuk pintu sebelum masuk ke kelas tersebut.
Tanpa melengahkan masa aku terus pecut berlari menuju ke tingkat tiga dimana kelas berada. Termengah-mengah dibuatnya " Argh, redah jelah" setibanya aku di depan pintu 5 Sains 1 , aku mengambil nafas dan mengetuk pintu sebelum masuk ke kelas tersebut.
“ Assalamualaikum.. cikgu “ Aku memberi salam. Aku melangkah masuk ke dalam kelas dan menuju ke meja guru yang terletak di hadapan sekali. Sekarang ni waktu Cikgu Mariam, cikgu Biologi yang sangat penyayang oragnya. Suasana menjadi senyap seketika saat aku melangkah masuk.
“Err, maafkan saya cikgu, saya lambat datang ke sekolah tadi. Ada emergency yang tak dapat nak elak. hehe peace!“ aku menerangkan alasan yang agak tipikal kepada cikgu Mariam.
“Baiklah, saya maafkan awak Ayra . Dah, pergi duduk tempat awak. Kelas dah mula dah ni “ kata cikgu Mariam tersenyum manis. Aku terus pergi ke tempat duduk di hujung kelas di tepi tingkap. Aku memang duduk sorang kat situ walaupun terdapat dua meja dan dua kerusi terletak elok di posisinya .
3
No comments:
Post a Comment